CERPEN: CINTA DI PENGHUJUNG DUNIA


MusicPlaylist
MySpace Music Playlist at MixPod.com

Cinta sering dikaitkan dengan novel

Indah…

Tapi, imaginasi dan realiti tidak boleh bersatu…

Hanya sebuah cerita palsu yang dongeng

Realitinya… hanya kita pernah mengalaminya

yang tahu… Cinta di Penghujung Dunia…

“Sorry, lambat lagi,” Balkis menghampiri Aizat di tempat yang dijanjikan mereka berdua semalam. Dia mengukirkan senyuman pada lelaki yang sudah mencuit hatinya sejak mereka mula-mula masuk ke kolej tersebut.

Cinta pandang pertama. Pada mulanya dia tidak percaya akan cinta pandang pertama tapi selepas bertemu dengan Aizat buat kali pertama, hatinya sudah terpaut. Pada masa itu, dia hanya melihat Aizat dari jauh dan tidak berani menegur walaupun mereka berada dalam satu kelas yang sama. Aizat seorang pendiam tapi bagi yang mengenali Aizat, sebenarnya lelaki itu kuat bercakap.

Hubungan mereka berkembang baik apabila keduanya berada di kumpulan yang sama untuk satu tugasan. Di situ, Balkis mula berkenalan rapat dengan Aizat. Tidak lama kemudian, Aizat telah melamarnya menjadi teman wanitanya dan dia dengan tidak berfikir panjang menerima Aizat sebagai teman lelakinya. Bermula pada hari itu, satu episod cinta telah dicipta oleh mereka berdua.

Dan hari ini… genap 2 tahun hubungan mereka berdua. Sepanjang dua tahun ini, banyak yang telah mereka kongsikan bersama dengan kata lain, tiada satu pun rahsia di antara mereka berdua. Balkis bahagia.

Namun begitu, dia masih berasa risau. Risau dengan populariti Aizat yang memang diminati oleh pelajar-pelajar perempuan dia kolejnya itu. Mungkin sebab Aizat agak menonjol dalam segala bahagian yang diceburinya tidak kira dalam bidang sukan mahupun akademik. Menjadi teman wanita bagi lelaki yang popular memang seronok tapi ada kalanya cemburu menguasai jiwa.

Dan baru-baru ini, satu khabar angin tersebar meluas sehingga sampai ke telinganya. Aizat dikhabarkan keluar dengan seorang pelajar junior yang popular kini. Mayaliza. Orangnya memang cantik. Macam model.

“Awak ni selalu lambat bila dah buat temu janji,” Aizat membalas dengan dingin. Balkis yang terkejut dengan sikap dingin Aizat tadi hanya mampu tersenyum. Aizat memang pantang dengan orang yang tidak mematuhi masa. Sejak dahulu lagi. Selalunya tidak mematuhi masa, adalah penyebab mereka sering bergaduh. Dan untuk meredakan kemarahan Aizat adalah, minta maaf dengan segera.

“Saya minta maaf. Bukannya saya sengaja lambat tapi kelas habis lambat tadi. Sorry ye?” Balkis membuat muka comel. Aizat langsung tidak memandangnya. Mungkin sedang marah lagi. Mana tidaknya, mereka telah berjanji untuk berjumpa jam 4 petang tapi dia datang jam 4.30 petang.

“Sorrylah,” ujar Balkis lagi meminta simpati. Lelaki seperti Aizat bila sudah merajuk memang susah hendak pujuk. Dengan suara manja pun mengambil masa separuh hari hendak memujuk.

Aizat kemudiannya memandang ke arahnya. Tanpa senyum. Balkis sedikit tunduk memandang meja. Aizat benar-benar merajuk kali ini dan sedang marah sangat.

“Kalau beginilah sikap awak, lebih baik kita berpisah saja,” ujar Aizat dingin.

“Hah?” serta-merta Balkis mengangkat kepala memandang tepat ke arah Aizat yang langsung tidak senyum sedikit pun. Aizat benar-benar serius kali ini. Kemudian Aizat berlalu pergi tanpa bercakap sepatah pun. Balkis yang masih terkejut lagi dengan perpisahan itu hanya melihat Aizat berlalu. Dia seolah-olah tiada tenaga untuk menjerit memanggil nama Aizat. Lemah.

Sebuah cerita cinta yang biasa

Bertemu – bercinta dan berpisah

Namun… inikah penghujungnya?


“Nombor yang anda dail tidak dapat dihubungi,” hanya suara operator sahaja yang kedengaran sebaik sahaja Balkis cuba mendail nombor Aizat sejak dari semalam lagi. Kali ini Aizat benar-benar marah sehingga menutup handsetnya.

Balkis menghela nafas lemah. Air matanya seolah-olah sudah kering untuk menangis lagi. Sejak dari petang semalam, hanya air mata sahaja yang menemaninya. Dia masih lagi tidak dapat menerima kenyataan bahawa Aizat melafazkan perpisahan. Semuanya bagaikan mimpi. Sudah dua tahun, dia bersama Aizat dan kini Aizat ingin berpisah dengannya.

Tapi kenapa? Adakah tempoh dua tahun itu terlampau singkat untuk mengenali hati budi masing-masing sehinggakan perkara kecil pun menjadi penyebab perpisahan mereka? Sedangkan Aizat memang sudah sedia maklum dengan perangainya yang selalu lambat jika ada temu janji. Bukannya sebab dia tidak memberi komitment yang tinggi dalam hubungan mereka tapi kadang-kadang ada sahaja yang menghalangnya untuk datang lebih awal.

“Hello,” katanya sebaik sahaja nombor yang didailnya di jawab seseorang. “Faizal, saya Balkis,” perkenal dirinya. Nasib baiklah dia ada menyimpan nombor Faizal, teman serumah Aizat.

“Oh Balkis.”

“Aizat ada situ tak? Saya cuba telefon dia dari semalam tapi tak dapat. Dia tutup handset ke?” tanya Balkis.

“Aizat? Entahlah. Awal-awal pagi lagi dia dah keluar tapi tak tahulah pergi mana. Ingatkan pergi dating. Kenapa? Korang berdua bergaduh lagi ke?” tanya Faizal.

“Err… tak de apa. Kalau Aizat balik, tolong suruh dia on handset. Saya ada hal nak cakap dengan dia,” tanpa memanjangkan lagi cerita, Balkis terus menamatkan perbualan. Dia sememangnya tidak suka bercakap tentang hubungannya dengan Aizat kepada sesiapa pun. Tidak kiralah jika mereka sedang bergaduh ataupun sedang bergembira. Baginya, sesuatu hubungan adalah hak peribadinya.


Sukar hendak gambarkan perasaannya sekarang. Melihat orang yang dicintai berjalan berpegangan tangan bersama-sama dengan perempuan cantik. Bergelak ketawa bagaikan pasangan ideal. Itulah yang dilihatnya. Dengan matanya sendiri. Bagaikan satu gambaran palsu yang dilihatnya. Dia berharap tangan yang dipegang itu adalah tangannya tapi hakikatnya, dia sedang berdiri di tempat yang jauh. Bukan tangannya yang dipegang.

Dunianya seakan berhenti di situ. Orang ramai yang lalu lalang di sekitarnya tadi, seolah-olah lenyap begitu sahaja. Dia seperti berada di dunianya sendiri dengan memandang dunia lain yang jauh sehingga tidak mampu dia menggapainya.

Tiada satu perkataan pun terungkap di kerongkongnya. Hanya yang air mata sahaja yang mahu jelaskan segala yang terpendam di hatinya. Dan hatinya membisik satu perkataan yang tidak mampu di sokongnya.

“Dah terakhir.”


Putus cinta. Dia pergi tanpa berkata sepatah pun. Namun, apa yang dilihatnya itu, telah menceritakan segala-galanya. Kasih Aizat telah beralih arah. Beralih kepada seorang perempuan cantik darinya. Walaupun perit tapi Balkis terpaksa mengakui, perempuan tadi memang cantik. Masakan lelaki seperti Aizat akan jatuh cinta dengannya. Jika dia adalah lelaki, dia juga akan jatuh cinta dengan perempuan cantik seperti itu.

Ah, lelaki memang suka dengan benda yang cantik. Sudah menjadi lumrah hidup manusia sejak azali lagi. Dan orang sepertinya hanya mampu menerima kenyataan dengan hati terbuka.

Air matanya mengalir lagi apabila dia sendiri tidak dapat menahan sebak. Kemudian dia dikejutkan dengan deringan handsetnya. Sejak beberapa hari ini, handsetnya sudah lama tidak berdering seperti selalu. Dia melihat skrin handsetnya. Nama Aizat muncul di skrin telefonnya.

Bagaikan tiada tenaga untuknya menjawab panggilan tersebut. Dia tidak pasti, jika dia menjawab panggilan tersebut, adakah sinar untuknya bersama dengan Aizat kembali ataupun jalan mati yang dilihatnya. Akhirnya handset dibiarkan berbunyi di tepi. Mungkin inilah yang terbaik buatnya seketika. Memberi peluang pada minda dan tubuhnya berehat sebentar. Dia penat. Penat dengan dunianya.

“Mungkin awak dah tahu tapi saya tetap nak beritahu awak,” ujar Aizat selepas mereka berdua bersetuju untuk bertemu semula selepas kejadian tempoh hari. Hari ini Aizat nampak handsome seperti selalu. Dari raut wajahnya, terpancar satu kebahagian yang tidak mampu diucapkan. Balkis dapat melihatnya. Aizat sedang bahagia.

“Saya nak berpisah dengan awak secara baik. Saya tahu, hampir dua tahun kita bersama dan kita dah berkongsi pahit manis kita bersama. Tapi saya tak mampu pertahankannya,” ujar Aizat meluahkan segalanya.

Balkis masih kuat untuk bertahan walaupun hanya mampu senyap.

“Saya harap awak dapat terima dengan baik. Mungkin saya bukan lelaki yang awak idamkan selama ini.”

“Saya nak tanya awak sesuatu,” akhirnya Balkis bersuara sambil cuba menahan sebak di dada. “Jika awak jadi saya, apa yang awak akan lakukan?” tanya Balkis dengan berani memandang Aizat.

Aizat seolah-olah kelu untuk menjawabnya. Soalan Balkis memang cukup simple dan senang tapi dia tetap tidak dapat menjawabnya.

“Awak tak dapat jawab sebab awak bukan saya. Dan sepanjang dua tahun ini, awak langsung tak memahami saya. Saya tahu awak dah penat dengan hubungan ini dan sebab itulah cinta awak beralih arah. Cuma apa yang saya kesal, awak tak pernah masuk ke dalam dunia saya. Awak hanya harapkan saya masuk ke dunia awak. Tapi saya tak pernah penat untuk menembusi benteng ke dunia awak dan awak langsung tak menghargainya.”

“Mungkin itulah perbezaannya,” balas Aizat sebelum berlalu pergi meninggalkannya. Dengan ini, mulai saat dan ketika ini, hubungan mereka telah berakhir. Dari jauh dia hanya mampu melihat Aizat melangkah masuk ke dalam keretanya. Mayaliza turut berada di dalam. Dari jauh juga dia dapat melihat senyuman Aizat kepada Mayaliza, kekasih barunya itu.

Air matanya dengan deras jatuh berguguran ke pipi. Mungkin dia patut biarkan air matanya mengalir dengan sepuas-puasnya. Hanya dengan cara ini sahaja dia dapat memuaskan hatinya.

Ya

Mungkin ini penghujungnya

Namun, cinta tidak berhenti di sini


Dua bulan kemudian

“Hah, dah lambat!” Balkis tergesa-gesa mengemas buku-buku yang berselerakkan di atas meja dan diletak di atas rak khas bagi buku-buku yang telah di ambil oleh para pelajar dalam perpustakaan itu. Dengan itu, petugas-petugas perpustakaan akan menyusun kembali ke buku-buku tersebut di tempat asal supaya mudah ditemui oleh pelajar nanti.

Selepas mengemas alatan menulisnya masuk ke dalam pensil box, Balkis berlalu keluar dari perpustakaan kolejnya itu. Hanya tinggal lima minit sahaja kelas seterusnya akan bermula. Jika dia lambat kali ini, mungkin prestasinya akan jatuh mendadak apatah lagi Puan Roslina memang anti dengan pelajar yang hadir lambat ke kelas. Dan dia memang seorang pelajar popular kerana selalu lambat untuk ke kelas. Tapi yang peliknya, hanya kelas Puan Roslina sahaja dia selalu terlambat.

“Tepi… tepi … tepi…,” jeritnya dengan menyelit di tengah-tengah pelajar yang lalu lalang di kaki lima. Sambil dia berlari dia sempat membetulkan begnya yang tidak sempat disandang dibahu sambil memeluk beberapa buah buku yang dipinjam di perpustakaan sebentar tadi.

Dia berlari pantas. Jam di tangannya sempat di lihat. Hanya tinggal beberapa minit sahaja lagi kelasnya akan bermula. Sedang laju dia berlari, tiba-tiba kakinya tersandung sesuatu sehingga membuatkan tubuhnya hilang pertimbangan dan…

“Aaaa…!!” satu jeritan bergema.

Balkis terjatuh dan tercium lantai. Buku-bukunya tercampak ke hadapan. Kemudian dia terdengar gelak ketawa di sekelilingnya. Mereka yang berada di sekelilingnya mengetawakannya. Satu keluhan dilepaskan. Dia menjadi mangsa kegelakan mereka… sekali lagi.

Sejak berpisah dengan Aizat dua bulan yang lalu, dia membawa haluannya sendiri dengan menjadi dirinya sendiri. Dan kehidupannya seperti orang biasa yang lain. Bangun pagi, bersiap pergi ke kelas, balik dari kelas terus pulang ke bilik. Apabila malam, dia akan mengulang kaji pelajaran dan jika malas dia akan mendengar radio sambil membaca novel romantik.

Balkis bangkit. Sejak dua bulan yang lalu, jika dia jatuh dia bangkit dengan sendirinya. Tanpa berasa susah mahupun penat, dia tetap bangkit meneruskan hidupnya. Buku-buku yang bertaburan di atas lantai di ambilnya satu persatu.

Dia kemudiannya berdiri dan mengira buku-buku yang diambilnya tadi. Rasanya macam ada yang kurang. Balkis mencari sebuah buku yang tiada ditangannya lagi. Di cari-cari di sudut-sudut yang agak tersembunyi. Tiada. Kepalanya di garu.

“Takkanlah hilang,” keluhnya.

“Awak cari inikah?” tanya satu suara sambil menghulur sebuah buku kepadanya.

“Hah. Ya,” Balkis tersenyum mengangguk dan segera mencapai sebuah buku dari tangan seseorang. “Terima kasih,” buku tersebut diletak bersama-sama dengan buku lain di pelukannya. Dia mengangkat kepala. Melihat siapakah gerangan orangnya.

Tiba-tiba, dunianya seakan terhenti di situ. Matanya tidak berkelip memandang lelaki dihadapannya. Sukar dia hendak gambarkan perasaannya pada ketika itu. Segalanya seakan terhenti. Malah dia juga tidak pasti jantungnya sedang berdegup atau tidak.

“Bukankah awak dah lambat?” tiba-tiba lelaki misteri di hadapannya bersuara.

“Hah?” Balkis tersedar dari lamunannya. Dia melihat jam di tangannya. Tepat jam 2 petang dan kelas sudah bermula! “Ya. Err… terima kasih,” dengan tergesa-gesa, Balkis kembali menyambung lariannya.

Namun, baru beberapa tapak dia berlari, langkahnya tiba-tiba terhenti. Dia kemudiannya berpaling memandang lelaki misteri yang menolongnya tadi. Dalam tidak sedar, dia mengukirkan satu senyuman sambil mendongok memandang langit yang cerah.

Cinta akan terus mencari dan mencari

Sehingga di Penghujung Dunia…

Ilham dari lagu...

End of The World

Want to smile
To disguise the tears that are falling
Nod head
Admit to myself that I will be scared of the dark
I only seek
That you can lend some time to be with me
But you don't even give sympathy
Want to cry
To find out whether I am numb yet
The whole world
Seems like I am the only one who is tired
Doesn't matter
Anyway I'm feeling sad so I'll muddle through and go for a time
If only despair and feeling useless would go far away
The sky is very grey
Will it
Let me forget who you are?
The darker the night
Dream disobeys
It is hard to chase and hard to enjoy in retrospect
My world is going to be destroyed
Maybe things do not happen as I wish
Tired or not?
Sleep or not?
A single shadow with no one to snuggle with
The darker the night
Dream disobeys
Who is willing to comfort? (It is hard to chase and hard to enjoy in retrospect)
My world is going to be destroyed
Maybe being dispirited is another kind of beauty

Sumber:- www.jaychoustudio.com